Superb Cutie
Wednesday, 30 May 2012 | 15:53 | 0 comments

Assalamualaikum,weheeeeee~Harini takde kerja.Lalalalalala~Nampak sangat tipu kan .Kerja yang berlambak tu kat atas meja mcm tngah panggil je kan.Sempat lagi on9.Jangan tiru perangai buruk ini.Sila buang contoh yang tak bagus ni.Korangggggg,nak tahu tak?Sedekahkan AlFatihah kat Cikgu Norita tauu,dia dah kembali menghadap Yang Pencipta.Nak bagi soalan teka teki pulak?Bila pulak giliran saya ya?Bila?Bila?Bila?When?When?When?
 
Jawapannya:Saya mahupun anda semua tidak tahu bilakah tarikh yang dipilih oleh Allah untuk menghadapnya.Jom kita berlumba-lumba ke arah kebaikan.Jom,jommmmm!Tengah ajak ni:)
 BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

103. Al-’Asr


[1] Demi Masa!

[2] Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -

[3] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Jom kita berpesan kepada diri sendiri:)Saya nak jadi muslimah yang solehah,jadi saya mesti berpesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran kepada semua makhluk yang ada di dunia ini:)Ada sekali tu kan time usrah ada akak tu kata macam gini:Ok,apa tujuan Allah ciptakan kamu didunia ini?Takkan Allah nak ciptakan kita dengan sia-sia kot?Kan?Kan?Rupanya Allah ciptakan kita sebab nak jadikan kita khalifah dalam dunia yang begitu ramai orang tertipu dengan Nya,Takut tak?Adakah saya akan lulus ataupun gagal?Jeng,jeng,jeng. Dan khalifah bermaksud untuk mentadbir sekalian alam termasuklah "para jin"serta manusia sekalian.Tapi kenapa orang lebih takut kepada "para jin itu" daripada Allah yang Maha Berkuasa.Ya Allah,ampunkan dosa kami dan jagalah hati kami jangan biar ia dikotori lagi.Rabbana taqabbal du'a~

 [28]
“Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku, dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman; dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan (dalam segala zaman); dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan!”

(Surah Nuh:28)

Semoga berjumpa lagi.Dengan izin Nya.InsyaAllah.May Allah bless:) 

 [8]
Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia; Dia lah Yang menghidupkan dan Yang mematikan; (Dia lah jua) Tuhan kamu dan Tuhan datuk nenek kamu yang telah lalu.

(Surah Dukhan:8)







Older Post | Newer Post